Kumpulan Perbadanan PR1MA Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “PR1MA”) menghormati privasi berkenaan Data Peribadi anda dan berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2012. Oleh yang demikian, kami telah membangunkan satu Polisi Privasi yang menyelia cara PR1MA mengambil, memproses, mengguna, mendedahkan, memindahkan dan menyimpan Data Peribadi anda. Kami memohon anda untuk meneliti Polisi ini bagi memahami hak-hak anda dalam perkara ini. Bagi tujuan Privasi ini, sila ambil maklum bahawa: “Kumpulan Perbadanan PR1MA Malaysia” merujuk kepada, secara kolektif, Perbadanan PR1MA Malaysia, syarikat-syarikat berkaitan dan/ atau bersekutu yang dikawal sepenuhnya oleh Perbadanan PR1MA Malaysia.
Data Peribadi merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi anda bersama PR1MA. Di dalam transaksi dan komunikasi anda bersama PR1MA, anda boleh diminta untuk membekalkan Data Peribadi anda dari masa ke semasa. PR1MA dan pembekal servis pihak ketiganya boleh berkongsi Data Peribadi tersebut di antara satu sama lain dan menggunakannya selari dengan Polisi Privasi ini. Mereka juga boleh menggabungkan maklumat-maklumat tersebut dengan maklumat-maklumat yang lain untuk memberikan dan menambahbaik produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan PR1MA.
Apabila anda berkomunikasi dengan PR1MA, kami boleh mengambil pelbagai Data Peribadi melalui sumber-sumber yang berikut:-
Data Peribadi adalah termasuk:-
Senarai Data Peribadi yang tersebut di atas adalah tidak sepenuhnya dan ia boleh juga termasuk data peribadi yang lain bergantung kepada jenis-jenis komunikasi dan transaksi.
Tertakluk kepada had penggunaan Data Peribadi anda, PR1MA boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk perkara-perkara yang berikut:-
Maklumat peribadi yang kami ambil daripada anda boleh didedahkan kepada:
PR1MA boleh berkongsi maklumat tanpa nama dan / atau gabungan mengenai semua pengguna kami dengan pihak ketiga dengan cara yang tidak akan mengenali anda secara khusus, dan jika perkara yang sama tidak mungkin, PR1MA akan meminta persetujuan anda terlebih dahulu.
Di dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan di dalam Polisi ini yang mana PR1MA memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga, kami akan memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan yang pihak sedemikian mengamalkan berkenaan dengan pemprosesan data anda adalah sekurang-kurangnya ketat atau sekiranya tidak lebih baik dari itu adalah sebagaimana yang diamalkan oleh PR1MA. Terma ini adalah tidak terpakai apabila kami diwajibkan mengikut undang-undang untuk memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga.
Sekiranya kami mengalami perubahan perniagaan, seperti penjualan sebahagian atau kesemua asset-aset kami, penyatuan atau pengambilalihan, maklumat anda berkemungkinan akan menjadi sebahagian perubahan tersebut dan akan dipindahkan.
PR1MA mengambil langkah-langkah perlindungan yang perlu, baik dari segi pentadbiran dan teknikal untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda. PR1MA tidak menjual atau memberi sewa sebarang maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada pihak-pihak lain.
Ia adalah tugas anda untuk memastikan Data Peribadi yang diberikan adalah lengkap, tepat dan terkini. PR1MA akan menyimpan data peribadi anda dalam tempoh yang perlu untuk kegunaan-kegunaan yang telah disenaraikan di dalam Polisi Privasi ini melainkan tempoh yang lebih lama dibenarkan atau diwajibkan oleh undang-undang.
Anda berhak memaklumkan PR1MA untuk mengemaskini atau membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat dan tidak benar, atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permohonan bertulis kepada alamat yang tertera di bawah. Anda juga boleh meminta akses kepada Data Peribadi anda untuk sebab-sebab berikut:
Apa-apa permintaan untuk akses, pertanyaan , pembetulan, aduan atau untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi boleh dibuat dengan menulis kepada alamat seperti berikut: -
PERBADANAN PR1MA MALAYSIAPusat Panggilan: (+603) 7628 9898
Awam / Pendaftaran / Teknikal: [email protected]
Kami boleh menolak sebarang permohonan yang berulang secara tidak wajar, memerlukan usaha teknikal yang berbelah bahagi, memprejudiskan privasi pihak lain, sangat tidak praktikal atau aksesnya tidak diwajibkan oleh undang-undang.
PR1MA memelihara hak-hak untuk mengubah, meminda, menukar atau mengubahsuai mana-mana bahagian Polisi ini dari masa ke semasa. Sebarang perubahan penting akan dimaklumkan di dalam laman web dengan Polisi Privasi yang dikemaskini. dan / atau dengan apa-apa cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh PR1MA.
Terma-terma dan syarat-syarat ini akan ditadbir dan ditaksir selaras undang-undang Malaysia dan anda adalah tertakluk kepada bidangkuasa mahkamah-mahkamah Malaysia.
Pendaftar menerima dan bersetuju bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 2010 (Akta 709) adalah terpakai kepada setiap tindakan, saman, pendakwaan atau prosiding terhadap PR1MA atau warga PR1MA atau jawatankuasa, dan pekerja atau ejen PR1MA yang melibatkan setiap kelakuan, pengabaian atau pelanggaran yang dilakukan oleh PR1MA atau individu-individu yang dinyatakan di sini dengan suci hati atau sebarang tinggalan oleh PR1MA pada kapasiti yang berkenaan.
Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda telah membenarkan Data Peribadi tersebut digunakan mengikut Polisi ini. Pengunaan berterusan perkhidmatan kami akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang pindaan ke atas Polisi Privasi tersebut.
© 2024 PERBADANAN PR1MA MALAYSIA